Saudaraku Yang Bahagia,
Marilah amalkan tujuh kalimat yang mengandungi fadhilah dan hikmah yang sangat besar dan bermanfaat untuk kita di dunia dan akhirat. Setiap kali kita menyebutnya, yakinilah bahawa kita akan mendapat rahmat dan keampunan dan ada ganjaran yang besar di sediakan oleh Allah SWT sebagai tanda kita bersyukur dan bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT.
7 Perkataan Mulia
- Bismillah – Ketika hendak melakukan sesuatu
Basmallah adalah sebutan atau nama singkat dari lafaz “Bismillahir rohmanirrohim” yang bermaksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”
Sabda Nabi SAW yang bermaksud;
“Apabila seseorang lelaki memasuki rumahnya, lalu dia menyebut Allah (membaca Bismillah) di kala masuk dan di kala makan, maka berkata syaitan : “Tiadalah peluang aku bermalam dengan kamu dan tiadalah pada makanan malam kamu.”
Dan apabila seorang masuk ke rumahnya , maka dia tidak menyebut Allah di kala memasukinya, maka berkata syaitan : “Aku akan bermalam dengan kamu.” Seterusnya apabila dia tidak menyebut Allah di kala makan, maka syaitan akan berkata : “Aku akan dapat bermalam dan makan malam (bersama kamu; kongsi makan)” [Hadis Riwayat Muslim]
Nabi SAW telah bersabda kepada seorang kanak-kanak yang makan di samping baginda maksudnya;
“Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah.”
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
- Alhamdulillah – Ketika selesai melakukan sesuatu
Tanda kita bersyukur kepada segala nikmat yang telah Allah kurniakan hendaklah sentiasa memuji Allah SWT dengan mengucapkan “Alhamdulillah”.
Maha Benar Allah di atas Firman-Nya yang Agung;
“Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang-Ku) supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)” [Surah Al-Baqarah : Ayat 152]
- Astaghfirullah – Jika lidah tersilap mengucapkan perkataan yang tidak elok
Nabi Nuh ‘alaihis salam pernah berkata kepada kaumnya sebagaimana Firman Allah yang Agung;
فَقُل فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (١٠) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (١١) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا
“Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai.” (Surah Nuh : Ayat 10-12)
Sabda Baginda Rasulullah; “Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali”. (Hadis Riwayat Muslim)
Istighfar ertinya memohon ampun kepada Allah SWT. Islam mengajarkan kepada umatnya agar memperbanyak istighfar. Rasulullah SAW sendiri sehari minima 70 kali mengucapkan Istighfar. [Hadis Riwayat Bukhari]
- Insya Allah – Jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari beberapa orang penduduk Mekah datang berjumpa dengan Nabi SAW untuk bertanyakan mengenai hal roh, kisah Ashabul Kahfi dan kisah Dzulkarnain.
Nabi SAW lalu menjawab;
“Datanglah pada esok pagi agar aku dapat menjawabnya”.
Keesokan harinya wahyu tidak turun kepada Nabi SAW hatta baginda gagal menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan itu. Dan tentu sahaja kegagalan ini menjadi bahan cemuhan orang-orang kafir. Ketika itu turunlah ayat 23 dan 24 dari Surah Al-Kahfi yang menegur perbuatan baginda itu.
Maha Benar Allah di atas Firman-Nya yang Agung;
Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”. Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “Insya Allah”. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”. [Surah Al-Kahfi : Ayat 23-24]
- La hawla wala quwwata illa billah – Di saat menghadapi sesuatu tidak disukai dan tidak diingini
Lahawla wala quwwata illa billah merupakan khazanah daripada khazanah-khazanah Syurga, ia merupakan penyembuh untuk 99 jenis penyakit, sekurang-kurangnya penyakit dukacita, kesedihan dan kerisauan.
Dalam riwayat yang lain;
“Kami bersama Nabi SAW. Apabila kami menaiki dataran tinggi, maka kami mengucapkan takbir.
Maka baginda mengatakan;
‘Wahai manusia kasihilah diri kalian, kerana kalian tidaklah menyeru Dzat yang tuli atau jauh, akan tetapi Ia Maha Mendengar dan Maha Melihat. Lalu baginda mendatangiku, sementara aku sedang mengucapkan dalam diriku: ‘La hawla wala quwwata illa billah.’ Lalu baginda mengatakan: ‘Wahai Abdullah bin Qais (nama Abu Musa), ucapkan La hawlawala quwwata illa billah. Sesungguhnya itu adalah salah satu kekayaan yang tersimpan di Syurga.’ Atau beliau mengatakan: ‘Tidakkah kamu mahu aku tunjuki salah satu harta kekayaan di Syurga? Lahawla wala quwwatailla billah’.” [Hadis Riwayat.Al-Bukhari]
- Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun – Tatkala menghadapi dan menerima sebarang musibah
Maha Benar Allah di atas Firman-Nya yang Agung;
“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’ Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya.” [Surah al-Baqarah, ayat 155-157]
Rasulullah SAW. pernah bersabda yang bermaksud;
“Menakjubkan perihal orang yang beriman. Sesungguhnya setiap perkara dalam urusannya (orang Mukmin ) semuanya adalah baik baginya dan tidak berlaku hal yang demikian melainkan ke atas mereka yang beriman. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka yang demikian adalah baik baginya dan jika dia didatangkan kemudahan dia bersyukur maka yang demikian adalah baik baginya.” [Hadis Riwayat Muslim]
- La ilaha illallah Muhammad Rasullullah – Sebagai zikir setiap hari, untuk menjalin hubungan yang mesra dan kasih sayang dengan Allah SWT
“Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW; Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah dengan hati yang ikhlas”. [Hadis Riwayat Al-Imam Al-Bukhari]
Dari Zaid bin Arqam r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Barangsiapa yang mengucapkan Lailahaillallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam Syurga. Lalu ditanya kepada Baginda : Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasulullah SAW bersabda : Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram”. [Hadis riwayat Al-Imam At-Tabarani]
Baca juga artikel :
Dari Abu Laitsy; “Barang siapa menjaga tujuh kalimat, maka dia adalah orang yang mulia disisi Allah dan dikalangan Malaikat, bahkan Allah mengampuni dosa-dosanya meskipun dosa itu sebanyak buih di laut, dan dia akan mendapatkan keharuman taatnya adalah hidup dan matinya menjadi baik.”
Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebaikan dan kesabaran.
Semoga artikel yang kami sajikan bermanfaat.
Baca juga artikel lainnya >>>
Categories(BlogArchive) DEFOLLOW
Categories(BlogArchive) NOFOLLOW
TAG :
#ALHIKMAH
#WEBSITE
#IMAGE
#ISLAMI
#AWDEV
SCORE :
https://www.alhikmah.my.id/
PULICATION :
ALHIKMAH.MY.ID,ALHIKMAH.EU.ORG,AWDEV.EU.ORG,WEB.ALHIMAH.EU.ORG,DEVOLOPER.ADEV.EU.ORG,WAHYU9KDL.GITHUB.IO
Connect with me:
Admin
© ALHIKMAH.MY.ID
Source: https://www.alhikmah.my.id/